Skip to main content

Lihat Budak 5 Tahun Solat Di Masjid Nabawi, Hati Keanu Azman Terbuka Untuk Cari Jodoh - “Saya Menangis Melihat…”

Keanu Azman

Pengacara dan personaliti media sosial, Keanu Azman berkongsi pengalaman ketika berada di Masjid Nabawi yang secara tidak langsung membuka hatinya untuk memikirkan tentang kehidupan berkeluarga.

Menurut Keanu, detik tersebut berlaku selepas dia selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan apabila perhatiannya tertarik kepada seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di sebelahnya.

Malah dia mengakui air matanya menitis secara tiba-tiba ketika melihat kanak-kanak tersebut bersolat.

“Ada sesuatu tentang kekhusyukan dia dalam solat tu yang menjentik hati saya. Masa tu saya terfikir, ‘Ya Allah, aku teringin ada anak yang macam ni. Saya menangis melihat momen itu, menangis seperti anak kecil dan saya tidak faham mengapa perkara itu berlaku. Walaupun budak itu sudah pergi saya masih lagi menangis.

“Saya terbayangkan saya sedang imamkan solat dengan isteri saya di belakang, dengan anak saya di sebelah. Ia satu momen yang sangat magikal yang saya tak pernah rasa sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah Keanu, sejak detik itu berlaku dalam hidupnya, dia sering memasukkan doa meminta jodoh dalam setiap solatnya.

Katanya, sebelum ini dia tidak pernah secara khusus memohon perkara tersebut dalam doanya.

“Sejak momen tu, setiap solat sekarang saya doa minta jodoh. Sebelum ni saya tak pernah minta pasal jodoh. Tak pernah.

"Saya percaya Allah sedang mempersiapkan saya secara spiritual, mental, emosi dan juga kewangan. Kalau nak kahwin esok memang tak mampu melainkan kahwin dekat rumah sendiri tu lain cerita. Tapi kalau nak buat dekat hotel lima bintang memang belum boleh lagi.

“Jadi langkah seterusnya sekarang ialah kumpul duit. Itu langkah saya untuk melangkah ke alam perkahwinan,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement