Skip to main content

Viral

Liyana Jasmay Jelaskan Dakwaan Ubah Wajah, Akui Hanya Buat Rawatan Kulit Di Korea Selatan - "Kos Sekitar RM1,600 & Saya Buat Setahun Sekali"

Astro Gempak Liyana Jasmay

Sekilas

  • Liyana Jasmay menafikan pernah melakukan pembedahan plastik dan hanya menjalani rawatan kulit secara berkala di Korea Selatan.
  • Rawatan yang dijalani termasuk skin boosting dan kolagen dengan kos sekitar RM1,600 setahun sekali, kerana prosedur tersebut tidak ditawarkan di Malaysia.
  • Perkongsian Liyana tentang transformasi wajah pada 2026 hanyalah gurauan untuk menguji reaksi netizen terhadap kandungan di media sosial.

Pelakon dan penerbit Liyana Jasmay menafikan dakwaan kononnya pernah melakukan pembedahan plastik bagi mengubah penampilan wajahnya.

Menurut Liyana, 38, dia sendiri tidak berani untuk melakukan sebarang prosedur invasif kerana berasakan ia sesuatu yang menakutkan. Sebaliknya, dia hanya menjalani rawatan kulit secara berkala.

“Ubah muka? Saya memang langsung tidak terfikir. Takutlah, saya hanya berani buat rawatan kulit dan wajah sahaja.

“Saya tidak buat apa-apa pun (bedah plastik). Saya ke sana setahun sekali untuk jumpa pakar dan dapatkan rawatan seperti skin boosting dan kolagen. Itu sahaja,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia memilih untuk mendapatkan rawatan di Korea Selatan kerana prosedur yang diinginkan tidak ditawarkan di Malaysia.

Malah, klinik yang dipilih terletak di Gangnam dan menawarkan rawatan bertaraf premium yang bukan menjadi tumpuan pelancong.

“Saya pergi Korea Selatan sebab rawatan tersebut memang tiada di Malaysia. Saya ada tanya doktor di klinik di sini dan mereka kata rawatan itu hanya ada di Korea, jadi mereka sarankan ke sana.

“Saya buat kajian selama berbulan-bulan untuk cari doktor yang sesuai kerana rawatan pada muka memang perlu berhati-hati.

“Kos rawatan sekitar RM1,600 dan saya buat setahun sekali. Rawatan lain masih boleh dibuat di Kuala Lumpur. Saya sudah dua kali pergi ke sana. Sambil rawat muka sambil melancong,” katanya.

Sebelum ini, Liyana pernah mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran di Instastory mengenai hasrat melakukan transformasi wajah pada tahun 2026.

Secara berseloroh, dia menyebut tentang mahu mancungkan hidung, membuang garisan di leher serta melakukan pembedahan pada bahagian rahang.

Namun menurutnya, perkongsian tersebut sekadar eksperimen sosial untuk melihat sejauh mana netizen mempercayai kandungan di media sosial.

“Mana ada saya buat muka, saya hanya melawak saja. Sebenarnya saya saja ‘trigger’ netizen. Saya suka untuk melihat reaksi orang ramai.

“Adakah mereka percaya bulat-bulat apa sahaja kandungan di sosial media atau tidak peduli? Bila ramai percaya, saya sendiri pun terkejut,” katanya sambil ketawa.

Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama romantik komedi Fantasi Fiksi di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Naskhah yang disiarkan menerusi UTV itu diarahkan oleh Tam Suhaimi dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Sazzy Falak, Amy Mastura serta Sherry Alhadad.

Sumber: Kosmo!

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must-Watch Video

Advertisement