Maharaja Lawak Mega 2019
“45 Hari Pemergian Anak Ibu Walid, Rindu Padamu Tak Akan Pernah Hilang” – Sayunya Coretan Isteri Ali Puteh
Isteri kepada pelawak Ali yang juga anggota kumpulan Puteh, iaitu Melati Fitri Abdullah, meluahkan rasa rindu terhadap arwah anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
Melati berkongsi luahannya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Melati, hari ini merupakan hari ke-45 anak kesayangannya meningalkan mereka sekeluarga namun kenangan bersama Ainul tetap segar diingatan.
“45 hari dah berlalu anak syurga ibu walid meninggalkan kami... Hanya kenangan beberapa bulan bersama kami... Akan ibu walid simpan semua kenangan bersama mu sayang.
“Rindu pada mu tak akan pernah hilang walau lihat kami bergelak tawa... Doa ibu walid sentiasa bersama mu sayang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Melati juga tidak ketinggalan menitipkan doa buat Ali yang bakal bertarung di pentas akhir Maharaja Lawak Mega (MLM2019) yang bakal berlangsung malam nanti.
“Suami, kuatkan semangat mu untuk lakukan yang sehabis baik malam ini ya. Doa kami sentiasa untukmu wahai suami... Good luck suami,” tulisnya.
Terdahulu, Ainul, 3 bulan mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan.
Ainul disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan di cabut kira-kira jam 11.30 pagi pada 26 November 2019.
Jangan lupa saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Must-Watch Video