,
Maharaja Lawak Mega 2019

“Bocey Masuk MLM Lagi? Bagi Canlah Orang Lain Pulak...” – Ini Jawapan Bocey!

Fiza Kamarudin
22/10/2019
08:29 MYT
Sebaik sahaja nama pelawak bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, diumumkan kumpulan Bocey antara yang mendapat komen paling banyak daripada netizen.
Ada di antara warga net yang tidak bersetuju kumpulan yang dianggotai Abam, Achey dan Fad ini kerana sudah dua kali bergelar juara MLM.
Abam ketika ditemui Gempak berkata, walaupun sudah beberapa kali menyertai MLM Bocey tetap menganggap pentas tersebut sebagai platform buat mereka untuk mengembangkan bakat sebagai pelawak.
“Macam inilah, bagi saya MLM itu adalah sebuah pertandingan untuk pelawak-pelawak menunjukkan ‘skill’ masing-masing.
“Memandangkan ini adalah pertandingan sesiapa pun boleh masuk selagi tidak jemu untuk bertanding serta tiada sekatan dari sesiapa pun.
“Bocey masuk setiap tahun pun, bukannya Bocey boleh jadi kaya. Lagipun bukan Bocey sahaja bekas juara MLM yang masuk bertanding lebih daripada sekali kan?,” katanya kepada Gempak.
Tambah Abam lagi, dia tidak terkilan sekiranya ada netizen yang lancang berkata Bocey sudah tidak relevan atau kekeringan idea.
“Kalau nak ikut mulut orang, kita ada banyak mulut lagi nak diisi, bukannya mulut diaorang saja. Mulut diaorang mungkin nak santapan rohani tapi kami ni, bukan setakat mulut…jiwa dan raga pun kena bagi santap, jadi…pedulilah apa orang nak cakap.
“Sebabnya kalau nak bercerita fasal komen negatif netizen ni, memang tidak akan berkesudahan.
“Bocey semakin bosan, Bocey dah tak idea, Bocey dah tak lawak. Tak mengapa, normal la ada yang suka ada yang tak suka.
“Kata-kata negatif ini memang boleh buat kita jadi ‘stress’ tapi sebenarnya tak payah layan je,” kata Abam positif.
Selain Bocey, bintang lain yang bakal berentap dalam MLM 2019 ialah dua peserta solo dari Indonesia iaitu Rahmat dan Popon, Cali peserta berkumpulan dari Brunei, Jborn, Zero, Puteh, Jambus, Rare dan Rojak.
MLM 2019 akan bersiaran selama 11 minggu bermula 1 November ini, secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Program ini akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.
Pengacara tersohor dan versatil tanah air, Datuk AC Mizal juga bakal menggalas tugas hos MLM 2019 buat kali kelapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak  - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”

gempak
20/01/2024
12:00 MYT
Al-fatihah buat Allahyarham Abam
Laman Utama

Tiga Tahun Berlalu, Fad Masih Terasa Dengan Pemergian Abam Bocey - “Kami Sampai Tahap Susah Dalam Keluarga Pun…”

gempak
15/02/2023
04:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah Abam..
Laman Utama

[VIDEO] “Kau Tetap Di Hatiku Selamanya Cinta Syurga” – Balu Abam Ziarah Kubur, Ubati Rasa Rindu

gempak
31/07/2022
08:00 MYT
Sakit yang tiada ubat adalah sakit merindui orang yang telah pergi
Laman Utama

Achey & Fad Bantu Mangsa Banjir – “Insya-Allah Apa Yang Kami Ada…”

gempak
20/12/2021
08:23 MYT
Ramai yang puji tindakan pantas Achey & Fad!
Laman Utama

Setahun Pemergian Abam, Keluarga Bocey Rindu - Kehilangan Abam Masih Dirasai...

gempak
10/02/2021
12:30 MYT
Isteri Achey turut berkongsi rasa rindu...
BorakSeeni