Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Bukan Salah Tapai Tak Sihat Dan Jambus Tersingkir, Tapi Macam Ada Yang Tak Kena” – Tauke

Fiza Kamarudin
03/12/2019 08:11 MYT
Pelawak Tauke memberitahu tidak adil menyalahkan Tapai yang mengalami masalah kesihatan sebagai penyebab Jambus tersingkir di minggu kelima Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Bagaimanapun menurut Tauke, Jambus menerima keputusan juri dengan hati yang terbuka sekiranya persembahan mereka tidak memuaskan.

“Terpulang kepada penonton untuk menilai sendiri persembahan Jambus, kalau okay kami disingkirkan, okaylah…Kalau tak okay pun tak apalah.

“Saya jenis yang jujur, sendiri mau ingatlah…Cuma saya rasa macam ada yang tak kena, ditambah pula dengan masalah kesihatan Tapai.

“Tetapi jangan sesekali menjadikan perkara tersebut sebagai penyebab kami tersingkir dan alasan untuk disingkirkan.

“Tapai sudah memberikan yang terbaik dan komitmen yang tinggi untuk meneruskan persembahan bersama Jambus, walaupun dia tidak sihat,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Tauke turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang mempercayai Jambus dan jujur menilai persembahan mereka selama ini.

“Sudah tertulis rezeki kami terhenti setakat ini...Terima kasih kepada peminat-peminat Jambus kerana jujur menilai kami. Kami tidak terkilan kerana tersingkir dengan cara yang bermaruah.

“Untuk kami, bermainlah dengan jujur dan jagalah kualiti lawak serta persembahan, jika tidak industri lawak akan rosak.

“Tidak perlu dinyatakan dengan lebih lanjut kerana rasanya semua orang nampak,” katanya.

Sementara itu pertikaian turut berlaku dikalangan peminat MLM 2019 yang berasakan Jambus tidak sepatutnya disingkirkan kerana ada peserta yang lebih teruk persembahan mereka.

Keputusan bottom four turut dipersoalkan kerana persembahan mereka jauh lebih baik berbanding peserta yang berada di kedudukan selesa.

MLM2019 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat bermula 1 November lalu.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Persaingan minggu keenam, Jumaat ini yang bertemakan muzikal akan diteruskan oleh kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rahmet, Puteh dan Rojak.


#MLM2019 #JAMBUS