Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cantiknya Inul Daratista, Rasa Macam Tengok Sailor Moon Datang MLM2019!

Mya Amri
06/11/2019 11:10 MYT
Kehadiran juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Inul Daratista ternyata menghangatkan lagi suasana di Auditorium Royal Teater, Shah Alam.

Minggu lalu dengan bertemakan bebas, Inul tampil dengan mengayakan busana ‘bling-bling’ beserta aksesori dibahagian kepalanya yang membuatkan dirinya kelihatan sangat cantik.


Tidak cukup dengan itu, gayanya yang lincah ketika menyampaikan lagu popularnya, Goyang Inul juga berjaya menambat hati penonton sehingga berjaya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh.

Malah penampilan Inul juga mengingatkan penonton kepada salah satu anime popular Jepun iaitu Sailor Moon.

Di sini kami kongsikan foto-foto menarik Inul di MLM2019:








Selain Inul, program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini menyaksikan aktres Lisa Surihani juga diberikan tanggungjawab sebagai juri tetap.

Terdahulu, minggu pertama MLM2019 menyaksikan tiga kumpulan Kerusi Panas berada di pusigan penyingkiran bersama kumpulan Puteh.

Bagaimanapun tiada penyingkiran berlaku.

Manakala kumpulan JBORN pula mendapat mata tertinggi dan berada ditangga pertama.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Inul Daratista #MLM2019