Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dulu Tengok Dorang Dekat TV Je Tapi…” – Mamat Sepah Tak Sangka Dapat Berganding Dengan Azlee Senario Dan Acong

Mya Amri
08/11/2019 10:14 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Mamat Sepah tidak menyangka dapat bergandingan dengan Azlee Senario dan Acong.

Menurut Mamat, dia merasakan umpama mimpi kerana mereka berdua merupakan nama besar dalam industri.

Mamat memberitahu perkara itu menerusi posting diakaun Instgaramnya baru-baru ini.

“Mereka berdua adalah nama yang cukup besar... Dulu-dulu tengok dorang dekat tv je tapi penentuan Allah sangat hebat hari ini saya berganding bahu bersama mereka berdua dan terciptalah kumpulan STONE! Terima kasih kepada anda semua yang sudi menonton dan mengundi kami,” tulisnya.

Mereka berdua adalah nama yg cukup besar..dulu2 tgk dorg kt tv je..tp penentuan Allah sgt hebat hari ni saya berganding bahu bersama mereka brdua dan terciptalah kumpulan STONE!!!!!! Trima kasih kpd anda sume yg sudi mnonton dan mngundi kami... P/s klu teringin nak jahit teluk belanga boleh roger kiteorg..?? @azleesenario @acongsweetchild @stonemlmofficial2019 #stonedalambatuadapermata

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on


Dalam pada itu, persembahan kumpulan STONE mendapat reaksi positif penonton minggu lalu.

“Old school bro... Tiada yang lama tiada yang baru. Ada yang lama hargai yang baru mencari until dihargai. All the best, goodluck. #stone,” tulis @paanje1

“Ini kali Mamat Stone baik punya, jadi behave. Tahu dah Azlee hype atas pentas macam mana,” komen @nashdyusri

Terdahulu, minggu pertama MLM2019 menyaksikan tiga kumpulan Kerusi Panas berada di pusigan penyingkiran bersama kumpulan Puteh.

Bagaimanapun tiada penyingkiran berlaku.

Manakala kumpulan JBORN pula mendapat mata tertinggi dan berada ditangga pertama.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Mamat Sepah #MLM2019 #STONE