Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kalau Ropie Menangis Sebab Teringat Arwah Mak, Tapi Pak Ya Menangis Sebab…

Fiza Kamarudin
25/11/2019 08:07 MYT
Minggu keempat Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 Jumaat lalu, menyaksikan kumpulan Rare dianggotai Ajak, Ropie dan Pak Ya memberikan persembahan mengusik hati penonton.

Persembahan ‘tawa dalam tangisan’ tersebut turut dirasai juri tetap MLM 2019, Inul Daratista yang turut mengalirkan air mata di suku akhir persembahan.

Malam bertemakan Cinta itu ternyata yang paling cemerlang buat Rare kerana jalan cerita berkisarkan ‘cinta seorang ayah’ itu berjaya digarap dengan baik sekali.

Rare ketika ditemui berkata, mereka hanya membuat persembahan seperti biasa dan tidak berniat menyebabkan air mata juri dan penonton ‘tumpah’.

Malah Ajak ketika ditemui Gempak berkata, dia tidak menyangka Pak Ya dan Ropie turut terkesan dengan persembahan sendiri sehingga mengalirkan air mata.

“Semasa latihan, Ropie ada bagitahu yang bulu roma dia naik ketika untuk cerita kali ini. Jadi saya tidak fikir apa-apa.

“Begitu juga Pak Ya yang tiba-tiba menoleh ke belakang apabila sampai ke bahagian ayah meluahkan rasa kasih kepada adik dan abang.

“Saya tak pasti Pak Ya menangis atau apa, cuma apabila dia berpaling semula dia mengesatkan mata,” kata Ajak.

Sementara itu Ropie ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata dia menangis kerana terkenangkan arwah ibunya.

“Saya pun tidak tahu macam mana saya boleh gagal kawal emosi saya tadi (Jumaat). Awal-awal saya okay sahaja tapi tiba-tiba perasaan sebak tu datang apabila bayangan arwah ibu lintas di depan mata.

“Allahu akbar, minta maaf…saya tak tahu nak cakap macam mana,” katanya menahan sebak.

Manakala Pak Ya pula memberitahu, perasaan sedih itu sudah bermula sejak mula-mula idea
dibentangkan Ajak kepada Rare.

“Saya sendiri pun tak tahu mengapa. Saya memang seorang yang cepat tersentuh…Masa latihan pun saya dah rasa sedih tapi saya kawal.

“Mungkin kerana ketika melakukan persembahan, saya menjiwai watak ayah teresebut sehingga saya gagal mengawal perasaan.

“Melihat Ropie sedang bersedih, saya turut merasai kehilangan ‘malaikat dunia' dia,” katanya.

Dalam pada itu, Rare turut berasa terharu kerana persembahan mereka sampai kepada juri dan para penonton MLM 2019 di minggu keempat.

Rare bagaimanapun berada ditempat kedua dengan markah sebanyak 62.91% ketinggalan hanya tiga mata di belakang JBorn yang memperoleh 64.91%.

Jangan lupa saksikan minggu kelima MLM2019 bertemakan Kerjaya Jumaat ini jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

#MLM2019 #RARE
;