Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM 2019: “Selalu Program Live Kita Akan Stress, Tapi Dengan Jborn Tak Stress Langsung!” – PU Rizz

Fiza Kamarudin
18/12/2019 14:19 MYT
Pencetus Ummah dan pelakon, Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail akui peluang bekerjasama dengan kumpulan JBorn di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 merupakan pengalaman baru buat dirinya.

PU Rizz berkata walaupun sudah biasa berlakon sebelum ini, namun membuat persembahan secara langsung di pentas lawak membuatkan dia gementar pada mulanya.

Tetapi, PU Rizz berterima kasih kepada JBorn yang dianggotai Khir Rahman, Joey dan Vicha kerana banyak membantu.

“Biasanya kalau program live ni kita akan stress, tapi dengan Jborn rasa tu tak ada…Sebaliknya sepanjang mencari idea tu kita enjoy.

“Walaupun terpaksa berkampung dengan mereka tiga empat hari sampai lewat pagi, rasa letih pun tak ada.

“Apa yang boleh saya katakan, JBorn ini teamwork dan disiplin mereka bagus. Mungkin disebabkan itu mereka serasi dan selalu membuat persembahan dengan baik,” katanya kepada Gempak.

Tambah PU Rizz lagi, sepanjang persembahan dia tidak berasa kekok walaupun sudah lama tidak terlibat dalam program yang disiarkan secara langsung.

“Mungkin sebab sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Vicha jadi chemistry tu tak susah dicari.

“Lagipun bila saya nampak gementar, Joey akan bagi semangat dan kata “dik kau boleh buat, jangan risau”…Mungkin sebab itulah confident level saya pun naik,” katanya ketawa.

Dalam pada itu, PU Rizz turut memuji usaha Astro terutama produksi MLM 2019 mengangkat dakwah dalam medium yang berbeza.

“Tahniah kepada produksi MLM 2019 kerana berjaya menyelitkan dakwah dalam tawa. Secara tak langsung penonton di luar sana dapat manfaat daripada apa yang dipersembahkan oleh semua peserta pada malam ini,” katanya.

Selain PU Rizz, antara yang dijemput bersama MLM 2019 minggu lalu yang bertemakan Moral bersama Selebriti Jemputan Islamik ialah Shamsul Debat, PU Rahmat, Adam Corrie, Amin Idris, PU Rahmat, PU Yeop dan PU Razi.

Minggu lalu, tiada penyingkiran dilakukan dan lapan bintang MLM 2019 mara ke pusingan seterusnya.

Oleh itu jangan lupa saksikan malam bertemakan Percutian bersama KFC pada minggu kelapan bersama Rojak, Zero, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega

#PU Rizz #MLM2019