Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: “Benda Yang Kita Minta Tak Penuhi Apa Yang Kita Nak” – Opps! Kenapa Dengan Rojak?

Mya Amri
21/11/2019 10:25 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) kumpulan ROJAK yang dianggotai oleh Rahim, Chiwan dan Bell Ngasri akui berdepan dengan masalah teknikal minggu lalu.

Bagaimanapun mereka tidak meletakkan kesalahan itu kepada pihak tertentu sebaliknya mengakui terdapat salah faham sewaktu berkomunikasi.

“Kita ada berdepan dengan sedikit teknikal isu di mana benda yang kita minta tu tak memenuhi apa yang kita nak tapi itu bukan satu kesalahan yang kita nak tujukan pada mereka, taka da.

“Mungkin ada salah komunikasi, apa yang kami nak tapi dapat yang lain. Tapi kami dah buat plan b pada saat-saat akhir.

“Kami meletakkan kesalahan itu pada diri sendiri, mungkin selepas ini kami akan memberikan info yang lebih tepat tentang apa yang kita nak.

“So far… Alhamdulillah apa yang kami rancang, apa yang kami inginkan atas pentas berjaya disampaikan dengan baik,” jelas Rahim menerusi video pendek di Instagram Zon Lawak.

#RojakMLM2019 terus berusaha meningkatkan prestasi. Saksikan #MaharajaLawakMega2019 setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Warna (132) & Warna HD (124) #maharajalawakmega #Lawakberapiapi #MLM2019

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#MLM2019 #ROJAK