Maharaja Lawak Mega 2019

MLM2019: Inul Juri Dari Indonesia Paling ‘Garang’ Dalam Sejarah MLM

gempak
Fiza Kamarudin
05/11/2019
05:03 MYT
Sponsor Banner
MLM2019: Inul Juri Dari Indonesia Paling ‘Garang’ Dalam Sejarah MLM
Kemunculan penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Inul Daratista ternyata mengejutkan penonton Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, termasuk para peserta program realiti tersebut.
Namun ramai juga tidak menyangka Inul merupakan juri tetap yang sangat tegas ketika memberikan komen kepada persembahan para peserta.
Malah, penyanyi ‘Goyang Inul’ itu turut dikatakan juri yang paling ‘garang’ di MLM berbanding rakan-rakannya yang pernah duduk di kerusi sama sebelum ini.
Inul ketika ditanya mengenai perkara tersebut memberitahu, sebagai seorang yang sangat mementingkan kualiti, dia perlu bertegas.
“Terima kasih kerana compliment itu dan saya sangat menghargainya. Saya memang serius dan tegas ketika memberikan komen kerana saya mementingkan kualiti.
“Lagi pun ini pentas pertandingan dan ganjarannya juga lumayan. Kita di sini, di pentas ini mencari kualiti untuk diangkat sebagai juara,” katanya kepada Gempak.
Tambah Inul lagi tegas ketika memberikan komen juga merupakan tanggungjawabnya sebagai juri tetap MLM 2019.
“Tanggungjawab sudah diberikan, tinggal untuk dilaksanakan. Pentas MLM ini pentas yang besar, semua orang tahu. Bukan di Malaysia saja, di Indonesia juga progam ini cukup dikenali.
“Tambah lagi antara faktor saya menerima tawaran MLM 2019 ini juga kerana ingin mengembangkan kemampuan dalam bidang komedi,” kata Inul yang sudah lima musim menjadi juri program realiti D’Academy Asia di Indonesia.
Mengulas mengenai persembahan pertama perserta MLM 2019, Inul berkata ada di antara peserta yang mempunyai bahan lawak yang baik.
“Untuk malam ini, ada peserta yang memberikan persembahan bagus tetapi ada juga yang masih memerlukan homework.
“Saya harap, minggu depan kita akan dapat lihat persembahan yang lebih baik lagi daripada semua 14 peserta,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Inul berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggungjawab sebagai juri di D’Academy Asia dan MLM 2019.
Minggu pertama MLM 2019 menyaksikan tiga perserta kerusi panas iaitu Halus, Smart dan OnxOn berada di pentas penyingkiran bersama kumpulan Puteh.
Bagaimanapun tiada penyingkiran berlaku.
MLM 2019 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam pada setiap Jumaat.
Bersiaran selama 11 minggu, MLM 2019 juga boleh ditonton di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) pukul 9 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024