Maharaja Lawak Mega 2019
MLM2019: “Kalau Lucu, Tetapi Kalau Candaannya Tidak Menjadi…” - Inul Darastita Tak Kisah Kena Bahan Tapi…
Juri tetap Inul Daratista akui tidak kisah diriya menjadi subjek gurauan di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM2019).
Menurut Inul, dia tidak mempunyai masalah selagi gurauan itu terkawal dan tidak melampaui Batasan.
“Tiada masalah bagi saya kalau kami para juri sering dibuat candaan atau bahan ketawa mereka asalkan benda-benda gurauan itu maksudnya sampai dan benar-benar lucu
“Tetapi andai kata candaan mereka itu tidak menjadi, saya sama sekali tidak akan ketawa. Secara keseluruhannya saya memang tidak kisah kalau dipergunakan sebagai bahan lucu mereka.
“Asalkan masih terkawal, tidak terlalu over dan tidak melampaui batas yang sepatutnya,” katanya kepada Gempak.
Selain Inul, program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini menyaksikan Lisa Surihani, Najip Ali dan Datuk Jamal Abdillah juga diberikan tanggungjawab sebagai juri tetap.
Minggu keempat menyaksikan JBORN yang dianggotai oleh pelakon Khir Rahman, Joey dan Vicha menduduki tempat pertama dengan jumlah markah 64.91%.
Manakala nasib tidak menyebelahi ONXON apabila mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan markah terendah sebanyak 35.39%.
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega