Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: “Tadi Subuh Baru Selesai Siapkan Dua Sketsa” – JBORN

Mya Amri
10/01/2020 09:07 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) JBORN berkongsi perkembangan terbaru mengenai persembahan pentas akhir mereka malam ini.

Menurut Khir Rahman, mereka baru sahaja menyiapkan dua sketsa dan berharap persembahan JBORN dapat menghiburkan penonton.

“Malam ini pertama kalinya saya bersama Joey dan Vicha akan beraksi di dalam Final Maharaja Lawak Mega 2019… Insha-Allah.

“Tadi Subuh baru kami selesai menyiapkan dua sketsa kami untuk persembahan malam ini. Ya kami lebih senang mentafsirkannya sebagai persembahan dan bukan pertandingan. Tak tahu lah kami sama ada menghiburkan atau tidak, mudah-mudahan menjadi.

“Alhamdulillah dari sekadar menyasar untuk kekal hingga ke minggu ke-5 kini kami di peringkat akhir… Rezeki,” tulisnya di akaun Instagram sebentar tadi.


Dalam pada itu, Khir juga menyatakan rasa bangga kerana dapat berada satu pentas dengan pelawak-pelawak hebat iaitu ZERO, PUTEH, BOCEY dan RARE.

“JBORN sentiasa cuba untuk buat yang terbaik namun kami pasti ianya tidak mungkin menjadi terbaik untuk semua pihak. Ada yang menghargai, ada pula yang benci, syukur untuk kedua-duanya.

“Kami berbangga dapat sepentas di final dengan kumpulan #ZERO #PUTEH #BOCEY dan #RARE, mereka semua hebat di mata kami.

“Akhir kata, kami tak pasti sama ada persembahan kami terbaik atau tidak yang pasti ianya persembahan #JBORN. Insha-Allah,” coretnya.

Jangan lupa saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#MLM2019 #JBORN