Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: “Tak Ada Rezeki…” – Rojak & Rahmet Terkandas Di Minggu Kelapan!

Fiza Kamarudin
23/12/2019 14:52 MYT
Kumpulan Rojak dan satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Rahmet menerima keputusan juri apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu ke lapan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Rojak ketika ditemui Gempak berkata, mereka sudah menjangkakan akan berada kedudukan bottom four namun tidak sangka akan disingkirkan.

“Melihat kepada respons juri dan penonton, kami dah jangka akan berada di bottom four tetapi tak sangka pula akan terkeluar.

“Sebab tinggal tiga minggu sahaja lagi MLM 2019 akan sampai ke kemuncaknya, tetapi kami terima rezeki Rojak hanya setakat ini.

“Tapi jujur cakap, Rojak berbangga kerana dapat bertahan sehingga ke minggu ke lapan sebab bukan mudah nak lawan nama-nama besar seperti Bocey atau Zero yang pernah bergelar juara,” kata Rojak.
Sementara itu Rahmet pula lebih positif dengan penyingkirannya pada minggu lalu.

“Kalau saya kelakar mestilah saya tak tersingkir. Saya bukan tidak mahu membela persembahan saya tetapi menerusi komen juri dan reaksi penonti saya dapat berasakan yang saya akan tinggalkan pentas MLM 2019 pada malam ini,” katanya.

Mengulas mengenai komen warga net yang membezakan persembahan stand up comedynya dengan Zawin, Rahmet berkata setiap orang memiliki personalit dan strategi berbeza.

“Ya, orang cakap kalau Zawin boleh, Ramet juga pasti boleh. Harus diingat, cara kami berbeza. Apapun sampai ke minggu ke lapan pun sudah cukup baik buat saya.

“Ini adalah kemampuan saya yang maksimum,” katanya positif.

Selepas penyingkiran Rojak dan Rahmet, tinggal enam lagi peserta iaitu Rare, Zero, Stone, Bocey, Jborn dan Puteh yang bakal berentap di minggu kesembilan sebelum mara ke pentas separuh akhir.

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#MLM2019 #ROJAK #Rahmet