Pelawak Jibob OnxOn Selamat Menjalani Pembedahan Buang Darah Beku Di Kepala
Fiza Kamarudin
11/03/2020 23:26 MYT
11/03/2020 23:26 MYT
Minggu lalu pelawak Jibob yang juga anggota OnxOn di Maharaja Lawak Mega 2019 telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya.
Akibat kejadian itu, Jibob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim kemudiannya dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Neurology Hospital Kuala Lumpur (HKL), kerana darah beku di kepala.
Dalam perkembangan terkini, pelawak berusia 33 tahun itu dilaporkan sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya, Selasa lalu.
Perkara tersebut turut dikongsi Che Mat (OnXOn) menerusi laman sosial Instagram (IG)nya semalam yang membuat kemaskini selepas melawat sahabatnya itu.
Che Mat atau Rahmat Saidin berkata, Jibob sudah dipindahkan ke wad ICU biasa daripada dan sesekali memberi tindak balas dengan membuka mata apabila namanya dipanggil.
“Alhamdulillah...Petang tadi pi melawat Gbob. Dia dah dipindakan dari ICU Neurology ke ICU biasa. Keadaan dia semakin bagus.
“Banyak tindak balas selepas operation semalam. Tadi kami banyak bersembang. Walaupun hanya aku saja yang bercakap, dia hanya sesekali buka mata tapi tindakbalas daripada tangan, mata dan kaki dia…aku tau dia tengah jawab segala yang aku cakap.
“Harap keadaan esok jadi lebih baik dari hari ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat sahabat saya,” tulisnya.