“Puteh Memang Layak Bawa Balik RM500,000!” – Ramai Setuju Puteh Menang Termasuk Selebiriti
Fiza Kamarudin
11/01/2020 07:43 MYT
11/01/2020 07:43 MYT
Keputusan juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, mengangkat kumpulan Puteh sebagai juara program realiti tersebut musim ini mendapat sokongan ramai.
Rata-rata warga net berpuas hati dengan persembahan mantap daripada kumpulan Puteh dan hampir kesemua mereka sudah menjangkakan RM500,000 bakal menjadi milik mereka selepas selesai pusingan pertama yang bertemakan bebas.
Selain warga net pelawak Jihan Muse dan Mamat Sepah turut memuat naik posting yang memuji persembahan kumpulan Puteh di pentas akhir MLM 2019.
Jihan Muse turut menulis posting di laman sosial Twitter meramalkan kumpulan yang dianggap ‘underdog’ dalam MLM 2019 ini bakal bergelar juara, sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Menerusi posting tersebut Jihan berkata persembahan Puteh adalah yang paling menonjol berbanding yang lain.
“Setakah ini Puteh paling smooth untuk final. Kalau betul percaturan aku sebagai juri tak bergaji, Puteh dah conquer the highest mark.
“Bukan sebab cerita sedih yang ditwist kat belakang tapi sebab memang best! Mamak improved a lot, Ali as usual I know he’s the lead. Man completed the game. Menang!,” tulisnya sebaik sahaja Puteh tamat persembahan kedua bertemakan muzikal.
Selain Jihan, Mamat Sepah yang turut bertanding atas tiket Stone di MLM 2019 turut memberikan pandangan peribadinya.
“Jika MEREKA bukan JUARA malam ni, aku akan hentikan diri aku untuk percaya pada program ini...Aku pernah rasa betapa sakit untuk jadi juara…#MLM2019 #PUTEH,” tulisnya di laman sosial Facebook.
Gempak sempat bertemu Mamat untuk memberikan komen mengenai posting ditulisnya selepas MLM 2019 berakhir malam tadi (Jumaat).
Mamat berkata, kumpulan Puteh sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai juara kerana isi persembahan mereka yang sangat baik.
“Saya berpuas hati dengan keputusan malam ini. Puteh memang layak untuk menang. Kalau kita tengok, di pusingan pertama pun mereka ‘dah bagi kaw-kaw’.
“Masuk pusingan kedua, bila mereka twist plot penceritaan…Saya sendiri pun mengalir air mata.
“Apapun tahniah kepada Puteh dan kesemua finalis kerana anda semua sudah melakukan yang terbaik,” katanya.
Disamping bergelar juara Puteh turut menerima Oppo Punchline Machine kerana memperoleh undian atas talian tertinggi sebanyak 121,081 jauh meninggalkan peserta lain.
Markah akhir juga menyaksikan Puteh selesa berada ditangga pertama dengan 71.93%, meninggalkan pemenang naib juara Zero yang memperoleh 60.83%.
Sementara itu Bocey di tempat ketiga dengan markah sebanyak 58.52%, diikuti Jborn 51.48% dan Rare 50.63%.