Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sempena Hari Lahir, Ajak Shiro Kembali Ke Konti Radio

Mya Amri
06/01/2020 11:55 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Ajak membuat keputusan untuk kembali menjadi penyampai radio.

Ajak memilih untuk memulakan kerjayanya itu pada tarikh istimewa iaitu sempena dengan hari lahirnya.

Ajak mengumumkan berita itu menerusi rakaman video di akaun Instagramnya hari ini.

“Saya akan bersama @suriamalaysia bermula hari ini... Pada hari lahir saya. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Dengarkan Team Pagi Suria esok,” tulisnya ringkas.

Salam 6 January . Terima Kasih @meloditv3 selama 2tahun bersama kemudikan rancangan ini...Korang terus support Melodi yang berwajah baru Insyaallah . Tapi sekarang saya akan bersama @suriamalaysia bermula hari ini..Pada hari lahir saya...?Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga... . Dengarkan Team Pagi Suria esok..? *SiKecilYangPunyaImpianBesar . @@isseyfazlisham @fiziali_ @suriamalaysia @joeprcinternational . #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on


Selain Ajak, segmen tersebut turut digandingkan bersama Fizi Ali dan Issey yang merupakan bekas bintang Muzikal Lawak Superstar 2019.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak akan mula bertugas pada hari Selasa, 7 Januari 2020 menerusi slot Team Suria Pagi bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam perkembangan lain, Ajak kini sedang membuat persiapan untuk minggu akhir MLM2019 bersama kumpulan RARE.

Saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Ajak Shiro #MLM2019
;