Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syamsul Debat Dah Macam Ahli Kumpulan Rare dalam MLM 2019, Cepatnya Dapat Chesmistry!

Fiza Kamarudin
17/12/2019 15:34 MYT
Minggu kelapan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, bertemakan ‘moral bersama tetamu jemputan Islamik’ Jumaat lalu disambut baik oleh peminat program tersebut.

Rata-ratanya menyokong cara penyampaian nilai moral dan dakwah yang diselitkan dalam persembahan setiap peserta.

Antara kumpulan menarik perhatian penonton ialah Rare, yang telah mengundang penceramah bebas dan personaliti televisyen, Syamsul Debat.

Menariknya, Syamsul Debat kelihatan sangat selesa dan bersahaja ketika membuat persembahan bersama Rare dan tidak kelihatan seperti tetamu undangan.

Syamsul berkata, dia tidak mengambil masa terlalu lama untuk membina chemistry bersama kumpulan Rare yang dianggotai Ajak, Ropie dan Pak Ya.

“Kami selalu bersembang dalam Whatsapp dan mungkin sebab itu tidak kekok bersama mereka.

“Lagipun Ustaz Syamsul Debat ni seorang yang peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Sebab itulah agaknya gabungan kami menjadi,” kata Ajak mewakili Rare.

Sementara itu Syamsul Debat berkata dia gembira dengan pengisian yang cuba disampaikan kumpulan Rare kerana baginya apa yang ditampilkan tidak mustahil berlaku.

“Kumpulan Rare ni…idea mereka pun cukup Rare…Malam ini apa yang cuba kami sampaikan ialah, orang biasa pun mampu menyebarkan dakwah.

“Dan pengajarannya ialah, tak mustahil kalau orang yang selama ini rajin menyebarkan dakwah pun akan tersasar jalannya jika tidak kuat imannya, Wallahualam,” katanya ketawa.

Minggu lalu, tiada penyingkiran dilakukan dan lapan bintang MLM 2019 mara ke pusingan seterusnya.

Oleh itu jangan lupa saksikan malam bertemakan Percutian bersama KFC pada minggu kelapan bersama Rojak, Zero, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega

#Syamsul Debat #MLM2019 #RARE