Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Terima Kasih Beri Sokongan Kepada Saya” – Lagu ‘Sakit’ Achey Trending Nombor 2 Di Youtube!

Fiza Kamarudin
23/12/2019 12:49 MYT
Pelawak yang juga anggota kumpulan Bocey, Achey gembira lagu dan muzik terbarunya berjudul Sakit diterima ramai.

Achey ketika dihubungi Gempak berkata, dia sendiri tidak menyangka lagu tersebut akan menjadi trending dan telah ditonton hampir 840 ribu kali di Youtube sehingga hari ini.

“Terima kasih kepada yang telah menyokong saya. Saya bukan penyanyi profesional tetapi saya bersyukur kerana ramai yang suka dengan lagu saya.

“Saya tak sangka tontonnya sudah mencecah lebih 800 ribu dan trending nombor dua,” katanya.

Lagu Sakit merupakan hasil ciptaan Achey dan Shouk Aziz dan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.

“Minat seseorang itu boleh mengaburi siapa dirinya yang sebenar…saya harap mesejnya sampai kepada pendengar,” kata bintang Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) itu lagi.

Terdahulu, lagu Sakit yang dilancarkan pada Jumaat lalu, telah mencecah lebih 700 ribu tontonan dan menduduki tangga keempat carta di YouTube.



Jangan lupa saksikan Achey bersama Bocey minggu ini di MLM 2019 pada malam bertemakan Parodi (Artis Jemputan) dan Trend Terkini.

Minggu lalu, menyaksikan kumpulan Rojak dan satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Rahmet disingkirkan.

Tinggal enam lagi peserta iaitu Rare, Zero, Stone, Bocey, Jborn dan Puteh yang bakal berentap di minggu kesembilan sebelum mara ke pentas separuh akhir.

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Achey #MLM2019
;