,
Maharaja Lawak Mega 2021

“Bukan Sebab Saya JBorn Tak Sertai MLM 2021…” – Vicha Tak Sabar Beraksi Bersama Puteh

Fiza Kamarudin
08/10/2021
03:59 MYT
Pelawak dan usahawan Vicha menafikan menjadi punca kumpulan JBorn tidak menyertai pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
Vicha turut menolak dakwaan kononnya dia berjauh hati dengan kumpulan JBorn kerana menggantikan tempatnya dengan Man untuk menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim kedua.
Disebabkan perkata tersebut, Vicha juga dikatakan telah menolak pelawaan JBorn untuk bergandingan dalam MLM 2021.
“Memang saya ada dengar khabar angin kononnya saya dan JBorn bergaduh sebab mereka tak bawa saya bersama ketika MLS musim kedua.
“Berita itu tidak benar. Hubungan saya dengan anggota JBorn iaitu Joey dan Khir Rahman tidak pernah ada masalah.
“Yang kata saya tolak tawaran JBorn sebab kecil hati pun tak benar. Puteh terlebih dahulu mempelawa saya untuk bersama mereka dalam edisi ke-sembilan ini.
“Mengapa JBorn tidak sertai MLM 2021, tidak ada kaitan dengan saya,” katanya.
Ditanya mengenai persiapannya menjelang MLM 2021, Vicha menjanjikan persembahan terbaik bersama Puteh.
“Saya akan cuba memberikan yang terbaik bersama Puteh dan berasakan ini peluang terbaik buat saya untuk mengutip seberapa banyak pengalaman.
“Kerana bagi saya, setiap kumpulan cara kerja dan sudah tentu persembahan adalah berbeza. Contohnya ketika saya bersama Say Who lain dan Jborn juga lain. Kedua-dua kumpulan ini ada kekuatan tersendiri.
“Jadi, daripada situ saya kutip pengalaman dan belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.
Mengulas mengenai penampilan pertama kalinya di pentas selepas mengenakan hijab, Vicha berkata dia tetap sama seperti dahulu.
“Saya tetap Vicha yang sama, cuma agak gementar dengan penerimaan penonton MLM 2021 nanti memandangkan ini kemunculan pertama di pentas selepas berhijab.
“Cuma mungkin persembahan saya akan lebih berhati-hati supaya tidak berlebih-lebihan seperti elak bersentuhan, InsyaAllah. Doakan saya Istiqomah,” katanya.
MLM 2021 akan mula bersiaran selama sepuluh (10) minggu secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.
Ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Sebelas kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air bakal berentap, menggegarkan pentas keramat MLM tahun ini, demi merebut hadiah kemenangan lumayan berbentuk wang tunai RM500,000!
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti pertandingan komedi yang dinantikan ramai ini menjanjikan persembahan lawak yang berapi-api, sarat dengan ‘punchline’ yang cukup padu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Impian Harris Anuar Nak Beraksi Di Pentas Komedi Tercapai, Bersedia Untuk Curahkan Idea - “Saya Rasa Rugi Kalau Kami Buat…”

gempak
19/09/2024
12:55 MYT
Hasrat pempengaruh media sosial, Harris Anuar untuk beraksi di pentas komedi akhirnya tercapai apabila dia bersama rakannya, Tajuddin Bakar dan pelawak senior, Tapai menyertai Muzikal Lawak Superstar 4(MLS4).
Viral

“Cuba Tanya Mana Tahu Saudara Jauh” - Netizen Terhibur Tengok Rupa Paras Azfar Heri Seiras Aaron Chia

gempak
01/07/2024
09:55 MYT
Pempengaruh sensasi, Azfar Heri baru-baru ini meluahkan rasa terhibur apabila rupa parasnya disamakan oleh netizen dengan pemain badminton negara, Aaron Chia.
Viral

Netizen Terhibur Tengok Harga Kari Kepala Ikan Tak Masuk Akal - “Ikan Tangkap Dari Alam Sebalik Mata Ke?”

gempak
29/05/2024
02:55 MYT
Seorang pengguna aplikasi X memuat naik satu hantaran tentang harga kari kepala ikan yang dijual dengan harga ‘kayangan’ di sebuah restoran.
Viral

#Ketibus #Ketibas #Ketitam! Hashtag Lucu Jenama Deodorant Ini Bikin Netizen Terhibur

gempak
21/05/2024
14:55 MYT
Kreativiti merupakan antara faktor yang paling penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Dalam satu hantaran di aplikasi X, satu jenama deodoran berjaya mencuit hati warganet apabila hashtag yang digunakan untuk setiap produk mempunyai elemen lawak berkaitan ketiak.
Viral

Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”

gempak
03/05/2024
00:55 MYT
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Unitar