Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2021: Netizen Tak Puas Hati Dengan 'Hint' Sang Bara, Gigih 'Korek' Sampai Jumpa Gambar 4 Pelakon Lelaki Ni!

Fiza Kamarudin
17/12/2021 07:28 MYT
Aura sang juara kian terasa. Malam ini lima kumpulan bakal berentap untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000!

Selain aura sang juara, ramai juga yang dah tak sabar-sabar menantikan identiti Sang Bara didedahkan!

Ada yang sanggup korek gambar empat selebriti yang dikatakan ‘suspek’ di sebalik topeng ‘Sang Bara’.

Sebelum itu, Zon Lawak di laman sosial Instagram telah memberi ‘hint’ dengan memaparkan foto empat selebriti lelaki.

Walaupun wajah keempat-empat ‘suspek’ ditutup, warganet gigih mencari foto selebriti dimaksudkan menerusi pakaian yang dipakai.

Hasil penyiasatan jabatan netizen, empat selebriti tersebut ialah empat hero pujaan Malaya, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Redza Rosli dan Datuk Fizz Fairuz.

Yang mana satu rasa-rasanya? Jangan lupa saksikan Pentas Akhir MLM 2021 malam ini Jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (107) dan anda boleh strim melalui aplikasi Astro GO atau Ultra Box pada bila-bila masa.

Minggu ini minggu PENTAS AKHIR kesemua finalis bakal membawakan dua sketsa bertemakan Bebas dan Muzikal.

Mampukah Tobat, Bahye, Puteh, Boro dan Tiro menawan hati barisan juri tetap Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose dan ‘Sang Bara’?.

Kumpulan manakah yang akan diumumkan sebagai Juara MLM a musim ke-sembilan ini?

Adakah kumpulan TIRO atau BORO, kumpulan ‘favorite’ ramai? Ataupun Puteh, yang sentiasa menampilkan lawak-lawak luar dari kebiasaan?

Ataupun Tobat, kumpulan yang pada mulanya hadir dengan palitan kontroversi dan kini dilihat kerap tampil dengan persaingan sengit. Mungkin juga, kumpulan ‘underdog’, Bahye?

Semuanya bakal terjawab di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021, malam ini!

Eh! Sebelum tu, sempat lagi ni kalau korang nak teka siapa Sang Bara...Klik sini okay?

[[BACA: Dapat Teka Siapa Sang Bara, Korang Menang RM500!..]]

#MLM 2021 #maharaja lawak mega 2021 #Sang Bara