Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: “Persaingan Semakin Sengit, Boro Akan Lebih Agresif Dengan Content”…– Fad

Fiza Kamarudin 23/11/2021 | 12:50 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Fad mengakui persaingan di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 agak mencabar dan sengit.
Fad berkata, mencari keserasian antara cabaran bagi setiap kumpulan di MLM 2021, tambahan lagi kepada kumpulan-kumpulan yang membentuk gabungan baharu.
“Sudah memasuki minggu ketujuh dan tidak dinafikan persaingan semakin sengit. Tekanan juga sudah mula dirasai.
“Macam yang kita nampak, MLM 2021 menampilkan gabungan baharu setiap kumpulan dan cabaran yang ada ialah untuk mencari keserasian, itu bagi kumpulan Boro lah.
“Alhamdulillah saya dan dan Achey memang bersama dalam Bocey, manakala Atu pula kami bergandingan di Muzikal Lawak Superstar dalam kumpulan UNI.
“Jadi setakat ini, tiada apa-apa masalah dari segi chemistry cuma kami perlu lebih agresif dengan content,” katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai dirinya yang sudah mula menerokai bidang perniagaan, Fad berkata ia adalah perancangan jangka panjang buat dia dan keluarga.
“Selain kerjaya sebagai pelawak dan penyampai radio, saya memilih untuk mengembangkan sumber rezeki dengan berniaga kerana saya memandang diri saya lima tahun akan datang.
“Lima tahun akan datang saya pun tak tahu di mana tempat saya dengan kehadiran orang-orang baru dan sebagainya.
“Jadi kena ada satu benda baru yang boleh menjamin kehidupan saya dan keluarga nanti. Saya memang akan memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan.
“Isteri saya juga sebelum ini sudah mula berniaga dan memiliki jenama tudung sendiri. Kami sedang sama-sama cuba mencari apa lagi perniagaan yang boleh dilakukan,” katanya yang baru melancarkan cawangan terbaru BubbleBee di Setia Alam, Selangor.
Tambah Fad lagi dia memilih untuk menyertai BubbleBee selepas terinspirasi melihat kejayaan sahabatnya, Shuib.
“Sebenarnya kami sekeluarga memang penggemar minuman BubbleBee. Jadi saya fikir why not kalau benda yang kita suka, kita usahakan sendiri.
“Satu lagi sebab Shuib. Saya suka tengok Shuib punya kesungguhan, cara dia bentangkan tentang plan perniagaan ini kepada saya sebelum saya terbuka hati untuk menyertai dia sebagai ahli keluarga BubbleBee.
“Branding BubbleBee ini sangat-sangat kuat dan boleh dipercayai. BubbleBee ini yang paling saya suka ialah teamwork, itu yang bagusnya,” katanya.
#Fad Bocey #Fad #maharaja lawak mega 2021 #Kumpulan Boro #BubbleeBee Setia Alam
;