Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2021: "Tiada Sebarang Efek Atau Solekan Gelap Dibuat" - Astro Warna

Mya Amri
20/11/2021 14:33 MYT
Merujuk kepada sketsa yang dipersembahkan oleh salah satu kumpulan peserta Maharaja Lawak Mega 2021, Taici, pada episod minggu lalu (minggu kelima) yang tular baru-baru ini, kami di Astro Warna dengan ini ingin menjelaskan bahawa wajah Tapai, ahli kumpulan Taici tidak digelapkan dan tiada sebarang unsur efek atau solekan gelap telah dibuat ke atas beliau.

Apa yang dipaparkan tercetus menerusi efek pencahayaan atau kilauan ketika kumpulan Taici beraksi di atas pentas.

Kami sentiasa peka dengan tatacara dan panduan kod kandungan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seterusnya memastikan pihak produksi mengaplikasikannya dalam setiap program yang diterbitkan.

Kami di Astro Warna sama sekali tidak akan menyokong sebarang sketsa atau lawak yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
#Astro Warna #Tapai #maharaja lawak mega 2021 #MLM2021