Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Sunyi Je Tanpa Mak… Dah Tak Ada Tempat Bermanja” - Genap Sebulan Arwah Pergi, Ali Puteh Rindu Mak

Mya Amri
02/11/2021 06:38 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2021), Ali Puteh masih lagi cuba untuk membiasakan diri dengan pemergian ibu kesayangannya, Allahyarham Sabariah Arshad.

Ali menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya mengungkapkan ketiadaan ibunya benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

“Genap sebulan mak pergi...Rindu mak yang teramat rindu... Sunyi je tanpa mak... Dah tak ada tempat bermanja dengan mak... Doa angah sentiasa ada buat mak...” coretnya.

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)

Selain ibunya, Ali juga menerusi hantaran yang lain turut menyatakan rasa rindunya terhadap arwah abangnya, Abam.

Jujur aku katakan… Dari hati kecil yang menahan… Rindu yang tiada berteman… 2 gerakan 1 tarian dimainkan… Permainan dipersembahkan… Gembira kita berpelukan… Tapi kini aku sendirian… Hanya kenangan yang diungkapkan…

“Jauh dari sudut hati… Bila bermain berhati hati… Gerak tari itu seni… Jangan mengalah terus mencari… Itu ungkapan kau dibelakang tabir seri… Supaya teguh terus berdiri…

“Kini sendirian mengatur gerak… Kembang mewarnai bak burung merak… Tiada lagi suara dan atur gerak… Terus bergerak di layar perak…

“Betul kata kau… Berhati hati dengan suara palsu… Bezakan bunga dengan pasu… Terus berjalan mengatur waktu… Niat diutamakan hanya yg satu...” coretnya.

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)

Allahyarham Sabariah Arshad meninggal dunia di Hospital Selayang pada 30 Oktober lalu.

BACA: Ibu Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa kerana serangan asma.

Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Selangor akibat demam panas.

BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Arwah meninggalkan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali, 29, dan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tujuh bulan.

#Ali Puteh #Rindu Ibu #maharaja lawak mega 2021 #MLM2021 #Rindu Arwah Ibu