Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow! Mas Idayu, Liza Hanim, Ameng Spring & Apak Khalifah Join Pelawak Di Pentas MLM2021 Malam Ni!

Fiza Kamarudin
05/11/2021 09:57 MYT
Malam ini Maharaja Lawak Mega (MLM 2021) sudah memasuki minggu keempat dan bakal membawakan tema seram bersama penyanyi jemputan.

Cabaran buat semua kumpulan di MLM 2021 ialah, penyanyi jemputan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan komedi di mana-mana stesen televisyen sebelum ini.

Dan, sketsa kisah seram boleh diinspirasikan dari dalam dan luar negara. Fuhhhh! Mencabar betul ni.

Sembilan penyanyi yang bakal memeriahkan lagi pentas MLM 2021 malam ini ialah Apak Khalifah,
Mas Idayu, Liza Hanim, Syah InTeam, Asmidar, Ameng Spring, Chelsia Ng, Ali Masdo dan Billa Najmi.

Tetapi dengan siapa mereka bakal bergandingan kenalah nantikan persembahan mereka malam ini nanti ya!

Dalam edisi kali ini MLM menampilkan empat orang juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose serta juri istimewa ‘Sang Bara’.

MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 9 malam.

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Dato’ AC Mizal kekal selesa berada di posisi pengacara.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.

Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).

#maharaja lawak mega 2021 #MLM2021