Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Yassin Tarik Diri Saat Akhir, Hamdan Anggota Baru Ori - Abu & Achok Lega!

Fiza Kamarudin
15/10/2021 13:45 MYT
Pelawak lagenda yang juga anggota Senario, Hamdan sah menggantikan Yassin yang menarik diri saat akhir dari pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2021).

Yassin yang sepatutnya menganggotai kumpulan Ori terpaksa meninggalkan MLM 2021 selepas terikat dengan sebuah projek lain dan berlaku pertembungan tarikh.

Perkara tersebut menyebabkan anggota Ori, iaitu Achok dan Abu terpaksa mencari pengganti walaupun ketika itu tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum MLM 2021 membuka tirai.

“Kami terima penarikan diri Yassin dengan hati terbuka kerana memahami komitmen beliau. Kami juga menghormati keputusan beliau.

“Kami juga tidak menyangka Hamdan akan menerima pelawaan untuk menyertai Ori. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik beliau.

“Bayangkan seorang pelawak senior mahu bergabung dengan kami yang masih baru ini. Rasa terharu, dan terima kasih tidak terhingga kepada Hamdan.

“Apapun kepada penyokong-penyokong Ori, kami berjanji akan melakukan yang terbaik bersama Hamdan,” kata Abu ketika ditemui Gempak.

Menerusi siaran langsung MLM 2021 sebentar tadi, pengacara MLM 2021 Datuk AC Mizal mengumumkan tentang perubahan yang berlaku dalam kumpulan Ori.

Di dalam dewan Putrajaya International Convention Centre (PICC), rata-rata penonton terkejut dengan berita tersebut, terutama peminat kumpulan Ori.

#MLM 2021 #maharaja lawak mega 2021 #MLM2021 #Kumpulan Ori