Skip to main content

Selebriti

Marissa Dania Nangis Abby Abbadi Tak Hadir Majlis Hari Jadi, Hairan Mesej Forward Jemputan Jadi Isu - "Saya Nak Dia Berada Di Sana..."

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Marissa Dania sedih ibu, Abby Abadi, tidak hadir ke majlis hari jadinya walaupun semua jemputan telah diberikan secara sama rata.
  • Marissa jelaskan salah faham berlaku kerana dia sempat berjumpa bapanya, Norman Hakim, selepas urusan mahkamah tanpa bertemu Abby.
  • Abby menafikan marah dan menganggap ucapan hari jadi di media sosial sebagai tanda kasih sayang kepada Marissa.
Advertisement

Anak kepada penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania mengakui dirinya berasa sedih apabila Abby tidak menghadirkan diri ke majlis hari jadinya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Marissa berkata bahawa dia amat menantikan kehadiran ibunya di hari istimewanya itu, namun hairan mengapa mesej jemputan yang diforward menjadi isu.

Advertisement

"Ya saya nak dia berada di sana. Saya nangis dekat Mak Long dan Mak Teh (kakak mama) semasa majlis tersebut sebab mama tiada. 

"Kenapa mesej forward dijadikan isu jika semua menerima jemputan yang sama memandangkan ia telah diberikan oleh designer termasuk papa, abah dan mummy," tulisnya.

Marissa berkongsi perkara tersebut selepas seorang netizen bertanya pada dirinya sama ada dia ada menjemput Abby ke majlis sambutan hari jadinya atau tidak.

Advertisement

Dalam pada itu, Marissa berkata sebelum kejadian tersebut berlaku, timbul satu lagi salah faham antara mereka hanya kerana dia sempat berjumpa dengan bapanya, pelakon Norman Hakim selepas urusan di mahkamah selesai, dan bukannya bersama ibunya.

"Sebenarnya sebelum saya hantar jemputan tersebut, ada perbualan lain yang telah menjadi isu memandangkan saya jumpa papa tetapi tidak berjumpa dengan dia. 

"Saya berjumpa dengan papa sebaik sahaja urusan di mahkamah selesai dan memang tidak dirancang," ujarnya.

Mengulas lanjut, Marissa mengakui dia sebenarnya memerlukan ruang dan masa untuk bersendirian selepas selesai urusan di mahkamah, namun situasi itu kemudian menjadi salah faham antara mereka.

"Sejujurnya, ketika itu saya perlukan masa sendirian selepas selesai di mahkamah. Boleh sahaja kita jumpa hari kemudiannya tanpa menaikkan perkara. 

"Daripada situ terasa dengan masing-masing lagi padahal baru sahaja berjumpa dua hari sebelum," katanya lagi. 

Terdahulu, Abby mencuri perhatian selepas tidak dapat menghadiri sambutan hari jadi Marissa, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Abby kemudian menafikan dakwaan dirinya marah terhadap anaknya itu, sebaliknya menjelaskan ucapan hari jadi yang dimuat naik di media sosial adalah tanda kasih sayang dan penghargaan terhadap hari istimewa tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

Must Watch Video

Advertisement