,
Masked Singer 2

14 Kostum Unik Masked Singer Malaysia 2, Wanita Hebat Inilah Perekanya! Tapi Apa Kaitan Dengan Hatta Dolmat?

Mya Amri
26/01/2022
12:51 MYT
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2) membuka tirainya.
Bagi yang pernah menonton program ini di musim sebelumnya, anda pasti sudah mengetahui bagaimana hebatnya figura-figura popular yang berada di dalam kostum-kostum tersebut.
Untuk yang bakal menonton tahun ini, anda bakal merasakan ‘aura’ mereka sewaktu menyampaikan lagu.
Paling menarik, figura yang berada di dalam kostum itu juga adakalanya anda sendiri tidak pernah terfikir bahawa mereka mampu menyanyi seperti penyanyi profesional.
Okay bercerita mengenai kostum, untuk musim kali ini terdapat 14 kostum menarik dan unik yang dipakai oleh bintang-bintang terkenal ini.
Kostum tersebut adalah Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.
Kesemua kostum ini direka khas oleh wanita hebat bernama Akma Suriati Awang.
Gempak kongsikan beberapa trivia menarik mengenai Akma.
1. Akma merupakan individu yang bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim pertama sebelum ini.
2. Kalau nak tahu Akma juga memiliki lebih 50 tahun pengalaman dalam rekaan dan perundingan fesyen. Power kan?
3. Selain berkarya sebagai penatarias industri filem, Akma juga diberi tanggungjawab untuk rekaan kostum bagi pelbagai produksi teater mega.
4. Antara teater mega tersebut adalah ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’.
5. Walaupun sudah memiliki pengalaman lebih 50 tahun namun Akma sangat merendah diri orangnya.
Istimewanya musim kedua ini, TMSM2 juga turut membawakan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat untuk menyerikan kostum berkenaan dengan sentuhannya dengan pelbagai gaya.
The Masked Singer Malaysia” musim kedua ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan figura popular sebagai juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
​Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Usah Jadi Mangsa Fesyen Ikut Trend 'Old Money'

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Filem

Sut Keluang Man Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkemuka! Baru Keluar Teaser Tapi Dah Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
21/08/2024
02:26 MYT
Filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man menjadi antara karya yang paling dinantikan di negara ini.
Laman Utama

Manusia Anjing Dakwa Ramai Mahu Jadi ‘Binatang’ Sepertinya

gempak
29/08/2023
12:26 MYT
Mengaku telah membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk kostum anjing.
Laman Utama

KLFW2023: Model Paling Cute! Hatta Dolmat Buat Kejutan, Che Puan Juliana Evans Muncul Sebagai Muse, Catwalk Dengan Anak

gempak
26/08/2023
11:50 MYT
Comelnya Che Puan Juliana dengan anak catwalk.
Artis Korea

[VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual

gempak
05/03/2023
14:50 MYT
Suka dengar Han Byul cakap Melayu.
Unitar