Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bujang Senang Dapat Lagu Mewangi! Tak Sabar Nak Dengar, Ehem Betul Ke Tekaan Netizen?

Mya Amri
11/03/2022 06:57 MYT
Ahah! Nampaknya saat yang dinantikan penonton The Masked Singer Malaysia 2 mengenai identiti Bujang Senang sudah tiba.

Minggu ketujuh ini bakal menyaksikan Bujang Senang menyampaikan lagu Mewangi nyanyian asal Akim Ahmad & The Majistret.

Sebelum ini Bujang Senang sering kali mendapat perhatian kerana suaranya yang serak-serak basah dikatakan mirip Akim.

Selain suara, gaya tangang Bujang Senang memegang mikrofon juga dikatakan saling tidak tumpah seperti Akim iaitu menggunakan tangan kiri kerana penyanyi itu seorang yang kidal.

Jadi malam ini, adakah benar Bujang Senang ialah Akim? Sama-sama kita dengarkan suaranya.

Sebelum itu, ini senarai penuh lagu-lagu minggu ketujuh The Masked Singer Malaysia 2:

Siapa pula yang bakal didedahkan? Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Akim Ahmad #Senarai Lagu #The Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Bujang Senang
;