Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Satu-Satunya Girl Yang Gedik Aku Boleh Terima” - Netizen Tak Meluat, Suka Gedik Manja Ella

Mya Amri
21/02/2022 04:38 MYT
Kehadiran ratu rock negara, Ella Aminuddin sekali lagi sebagai juri tetap The Masked Singer Malaysia 2 ternyata disukai netizen.

Terkenal sebagai seorang yang manja, Ella menjadi antara juri paling dinantikan netizen untuk memberikan komen kepada bintang-bintang The Masked Singer Malaysia 2.

Sudah semestinya gelagat Ella sewaktu memberikan komen menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya menyukai gaya ‘gedik manja’ ibu saudara kepada penyanyi Kaka Azraf ini.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Selain itu, banyak komen-komen lucu diberikan netizen sebagai tanda terhibur dengan telatah Ella.

BACA: TMSM2: Pandai Sorok Lengan & Kaki Sado, Sazali Samad Memang Teh Tarik Kaw!

Selain Ella, The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Ella #Juri Tetap #The Masked Singer Malaysia #Ella Aminuddin #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2