Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: Bukan Han Byul Tapi Reshmonu Lah Periuk Kera, Power Betul Menyanyi Versi Reggae!

Mya Amri
11/03/2022 14:53 MYT
Sepanjang penyertaan Periuk Kera dalam The Masked Singer Malaysia 2, nama Han Byul pasti menjadi sebutan.

Ini kerana tubuh tinggi lampai dan cara sebutan sewaktu menyanyi membuatkan ada yang menyangka Periuk Kera adalah penyanyi berasal dari Korea itu.

Tidak hanya Han Byul, nama lain yang pernah disebut netizen adalah pelakon, Fattah Amin dan juga Aiman Hakim Redza.

Namun nama yang diteka itu ternyata salah kerana figura disebalik topeng itu adalah penyanyi, Reshmonu!

Memang mantap lagu Tanya Sama Itu Hud Hud nyanyian asal Datuk M. Nasir tetapi disampaikan dalam versi reggae oleh Reshmonu.

Walaupun tersingkir di minggu ketujuh namun Reshmonu yang tidak lekang dengan senyuman menyatakan rasa gembira kerana dapat beraksi pentas The Masked Singer Malaysia 2.

Selain Periuk Kera, dua nama lagi yang berada di kedudukan terendah adalah Bujang Senang dan Si Merak.

Manakala kostum yang berada di kedudukan tiga tertinggi adalah Orkid, Rambutan dan Ratu Semut.

Apa pula keadaannya untuk minggu kelapan nanti?

Siapa pula yang bakal didedahkan? Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Tersingkir #Reshmonu #Periuk Kera #Han Byul #The Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #The Masked Singer 2