Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: “Cara Lompat Gedik, Manja Tu Macam Kak Lina Pom” - Misteri Orkid, Ada Yang Lock Elly Mazlein!

Mya Amri
27/02/2022 03:15 MYT
Minggu kelima The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan netizen cuba merungkai misteri disebalik kostum Orkid.

Antara nama yang diyakini mereka adalah penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan perangai havoc iaitu Elly Mazlein.

Kata netizen, kelakuan Orkid yang nampak gedik dan manja itu mempunyai ciri-ciri yang ada pada Elly atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom.

Tambahan pula Orkid juga seorang yang ceria, lucu dan disenangi itu membuatkan netizen lock Kak Lina.

BACA: TMSM2: Orkid Tunjuk Belang, Rampas Tahta Tempat Pertama! Ini Markah Penuh Minggu Kelima

BACA: TMSM2: Iman Troye Aiskrim Roti Lah! Netizen Hebat, Siap Lock Awal-Awal

“Tengok badan macam Kak Lina lepas tu cara dia lompat, gedik-gedik tu hanya Kak Lina pom pom je yang manja-manja macam tu,” komen @putrizuraini78

“Elly Mazlein, kalau Liza Hanim lagi tarik lagi nyaring,” tulis @aduhara_02

Misteri juga ya Orkid ni sebab ramai susah nak teka. Korang pula teka siapa?

Minggu keenam nanti giliran siapa pula bakal didedahkan?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Elly Mazlein #Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia #Orkid #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2