,
Masked Singer 2

TMSM2: Dah Final, Zul Huzaimy, Sazali Samad & Maria Farida Ramal …. Jadi Juara

Mya Amri
01/04/2022
09:39 MYT
Pentas The Masked Singer Malaysia 2 bakal melabuhkan tirainya malam ini.
Malam kemuncak ini dijangka akan menjanjikan persembahan hebat daripada lima finalis yang berentap iaitu Seladang, Rambutan, Ratu Semut, Burung Hantu dan Orkid.
Tidak dinafikan ramai sudah mula berteka-teki tentang siapa yang bakal bergelar juara untuk musim kedua ini.
Begitu dengan alumni The Masked Singer Malaysia 2, Zul Huzaimy, Sazali Samad dan Datin Maria Farida yang turut sama memberikan nama juara pilihan mereka kepada Gempak.
Nak tahu siapa? Nah kami kongsikan nama juara pilihan mereka.
“Ini jujur saya cakap saya, tak tahu kenapa bila dia keluar sahaja saya dah tahu dah inilah juara, orkid.
“Saya dapat juga tengok dia buat persembahan, saya nak awak jadi juara. Kalau betul awak adalah Elly Mazlein, belanja makanlah,” - Zul Huzaimy
“Burung Hantu! Sebab vokalnya bagus, tak dapat nak jangkakan perkara ini sebab semuanya yang terbaik. Setiap minggu pun berubah, jadi saya nak ramal pun susah,” - Sazali Samad
“Burung Hantu! Sebab suara dia sedap sangat. Sebenarnya suara mereka semua best, tapi saya pilih Burung Hantu,” - Datin Maria Farida.
Jadi pilihan anda pula siapa?
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022. Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.
Sukan

"Dia Sudah Sederet Dengan Juara Dunia" - Jiggy Dedah Dhabitah Video Call Lepas Habis Final, Mengadu Sedih Tak Dapat Hadiahkan Pingat Olimpik Untuk Malaysia

gempak
10/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, iaitu pelawak Jiggy mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana telah berusaha sehabis baik untuk negara sepanjang penglibatannya di temasya sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Dhabitah Sabri Mara Ke Final

gempak
08/08/2024
09:59 MYT
Penerjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir acara 3 meter(m) papan anjal Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Paris sebentar tadi.
the-hardest-singing-show

Debaran Kemuncak Konsert Final THSS: Ini Harapan Dan Ucapan Barisan Juri The Hardest Singing Show

gempak
13/07/2024
07:55 MYT
Konsert akhir itu bakal menyaksikan Stacy, Aisha Retno, Ayda Jebat, Putera Muhammad, Aepul Roza dan Zizie Kirana bersaing merebut gelaran juara.