TMSM2: Lisa Surihani Puji Hannah Delisha- “Terima Kasih Burung Hantu…”
Mya Amri
02/04/2022 05:16 MYT
02/04/2022 05:16 MYT
Pelakon Lisa Surihani juga tidak ketinggalan menonton rancangan fenomena, The Masked Singer Malaysia 2.
Antara bintang yang menarik perhatian Lisa adalah pelakon Hanna Delisha yang memakai kostum Burung Hantu.
Episod akhir semalam menyaksikan Hanna yang menyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu (Search), Bukan Cinta Biasa (Datuk Seri Siti Nirhaliza) dan Bring Me To Life (Evanescene) merangkul tempat keempat.
Lisa bagaimanapun menyatakan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian Hannah dan persembahan kegemarannya pula adalah sewaktu aktres cantik itu menyampaikan lagu Sakit nyanyian asal Yonnyboii di minggu kedua.
“Kami mungkin telah meneka ia adalah awak, rasa sangat seronok melihat dan mendengar persembahan awak.
“Sakit adalah persembahan yang paling saya suka @hannahdelisha.
“Terima kasih Burung Hantu. Looking forward to hear more of you,” tulisnya di ruangan Insta Story.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan Shila Amzah (Rambutan) dinobatkan sebagai juara, Amir Masdi (Seladang) naib juara, Liza Hanim (Orkid) di tempat ketiga, Hannah Delisha (Burung Hantu) tempat keempat dan Ara Johari (Ratu Semut) tempat kelima.
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.