Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: Nanas Tersingkir, Tak Sangka Pelumba Negara, Keifli Othman Boleh Menyanyi!

Mya Amri
04/02/2022 16:00 MYT
Minggu kedua The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan penyingkiran Nanas.

Penyingkiran Nanas itu ternyata berjaya mengejutkan para juri kerana figura di sebalik kostum itu merupakan pelumba negara, Keifli Othman.

Zizan bagaimanapun tersenyum lebar sebaik sahaja kostum tersebut dibuka kerana tidak menyangka tekaannya tepat.

Nanas telah menyampaikan lagu berjudul Dekat Padamu nyanyian asal Yusry KRU.

Tidak berasa kecewa, sebaliknya Keifli menyatakan rasa seronok kerana diberi peluang untuk menyertai The Masked Singer Malaysia 2.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Minggu ini menyaksikan Rambutan, Burung Hantu dan Ratu Semut berada ditempat pertama manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Pepatung, Teh Tarik Kaw dan Nanas.

Apa pula keadaannya untuk minggu ketiga nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Pelumba Negara #Nanas #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Keifli Othman #The Masked Singer 2