Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: Orkid Bawa Lagu BTS, Seladang Pula Jadi Bruno Mars! Onz Ke Tidak?

Mya Amri
18/02/2022 11:10 MYT
Nampaknya lagu-lagu minggu keempat The Masked Singer Malaysia 2 sudah mula mendapat perhatian penonton.

Antara lagu yang membuatkan ramai tidak sabar untuk menonton adalah Dynamite yang akan dinyanyikan oleh Orkid.

Ini kerana lagu tersebut dinyanyikan oleh tujuh anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS dan juga semestinya mempunyai tarian.

Bayangkan lagu untuk tujuh orang tetapi hanya dinyanyikan oleh Orkid seorang diri. Menarik kan?

Bagaimanapun, melihat kepada kemampuan Orkid pada minggu-minggu sebelumnya, sudah pasti figura disebalik kostum itu dapat melakukan yang terbaik.

Selain Orkid, Seladang juga bakal menyampaikan lagu hit nyanyian asal Bruno Mars iaitu 24k Magic.

Selain Orkid dan Seladang, ini merupakan senarai lagu bintang The Masked Singer Malaysia 2 malam ini.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jadi siapakan yang bakal tersingkir malam ini? Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Senarai Lagu #The Masked Singer Malaysia #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Orked #Seladang