,
Masked Singer 2

TMSM2: Orkid Tunjuk Belang, Rampas Takhta Tempat Pertama! Ini Markah Penuh Minggu Kelima

Mya Amri
26/02/2022
04:45 MYT
Mengagumkan! Itulah ayat sesuai untuk diberikan kepada Orkid di persembahan minggu kelima The Masked Singer Malaysia 2.
Ternyata Orkid ini sebenarnya bukan calang-calang orang ya! Para juri juga terkejut dengan persembahannya.
Menyampaikan lagu Semalam nyanyian asal Juara The Masked Singer Malaysia musim pertama, Aina Abdul, Orkid berjaya memukau juri dan penonton.
Disebabkan itu juga, Orkid bangkit dan merampas tahta untuk berada di kedudukan pertama bagi minggu kelima.
Selain Orkid, dua lagi kostum yang berada di kedudukan dua tertinggi adalah Rambutan dan Seladang.
Berikut merupakan markah penuh minggu kelima.
Orkid - 93.67% Rambutan - 93.67% Seladang - 92.11% Burung Hantu - 89.33 Mat Penyu - 88.00% Bujang Senang - 86.22% Si Merak - 85.89% Ratu Semut - 84.56% Periuk Kera - 81.89% Aiskrim Roti - 71.11%
Minggu kelima juga menyaksikan penyingkiran Aiskrim Roti iaitu Iman Troye.
BACA: TMSM2: Iman Troye Aiskrim Roti Lah! Netizen Hebat, Siap Lock Awal-Awal
Apa pula keadaannya untuk minggu keenam nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?
Sama-sama kita nantikan.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

gempak
21/07/2024
21:55 MYT
Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
the-hardest-singing-show

THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

gempak
27/05/2024
01:50 MYT
Penyanyi, Aisha Retno diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu ketiga dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Terkini

THSS: Edry Kata Perfect 10! Aepul Roza Rampas Takhta Tangga Pertama, Ini Senarai Markah Penuh Minggu Kedua

gempak
20/05/2024
00:52 MYT
Penyanyi, Aepul Roza diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!