Masked Singer 2

TMSM2: Saingan Sengit 2 Nama, Rambutan & Burung Hantu Disebut Netizen Jadi Juara

Mya Amri
31/03/2022
11:54 MYT
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum mengetahui siapakah yang bakal merangkul gelaran juara The Masked Singer Malaysia 2.
Lima finalis yang akan berentap adalah Seladang, Burung Hantu, Ratu Semut, Rambutan dan Orkid.
Bagaimanapun terdapat dua nama yang menjadi pilihan netizen untuk dinobatkan sebagai juara.
Maskot yang dimaksudkan adalah Burung Hantu dan Rambutan kerana berdasarkan tahap penilaian persembahan mereka minggu lalu memang superb!
Selain itu, kedua-dua nama ini juga sering kali menjadi pilihan juri sebagai bintang yang persembahannya sentiasa konsisten.
Malah Burung Hantu dan Rambutan juga sudah beberapa kali berada di kedudukan tertinggi dalam The Masked Singer Malaysia 2.
Sama ada betul atau tidak pilihan netizen, sama-sama kita nantikan esok.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4 (Recap): Bunga Matahari Juara! Ini Markah Penuh Peserta Pentas Akhir!

gempak
19/02/2024
03:55 MYT
Markah pentas akhir The Masked Singer Malaysia S4
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Siapa Juara Di Sebalik Topeng? Ini Tekaan Yang Dibuat Oleh Penonton!

gempak
18/02/2024
04:55 MYT
Siapa bakal dinobatkan juara?