Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: Suka Bawa Motor, Suara Nyaring, Ramai Yakin Mat Penyu Adalah Achey

Mya Amri
09/02/2022 13:51 MYT
Minggu kedua The Masked Singer Malaysia 2 nampaknya perhatian penonton beralih pula kepada kostum Mat Penyu.

Nampaknya Mat Penyu berjaya mencuri tumpuan penonton selepas beberapa klu diberikan sebelum memulakan persembahan.

Antaranya berkaitan dengan dunia permotoran. Disebabkan inilah penonton sudah membuat tekaan dengan memberikan beberapa nama pilihan.

Antara nama artis yang disebut-sebut penonton sebagai figura disebalik kostum Mat Penyu adalah Achey, Black Hanifah dan Farid Kamil.

Bagaimanapun rata-ratanya menyatakan mereka yakin bahawa insan yang berada di sebalik kostum itu adalah Achey kerana suara nyaring Mat Penyu hampir menyerupai pelawak itu.


Nak tahu betul ke tidak kenalah tonton TMSM2. Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Achey #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #The Masked Singer 2 #Mat Penyu