Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: Tak Ada Rezeki Si Merak Nak Masuk Final, Bye Sherry Ibrahim

Mya Amri
25/03/2022 15:19 MYT
Minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan Si Merak gagal melangkah ke pentas akhir.

Bagaimanapun segala teka-teki terjawab kerana gerangan figura disebalik Si Merak adalah pelakon, Sherry Ibrahim.

Menyampaikan lagu berjudul Cinta Dalam Hati nyanyian asal Ungu, Si Merak sudah memberikan persembahan yang terbaik namun rezeki tidak berpihak padanya.

Tidak hanya satu lagu, Si Merak juga menyampaikan lagu duet bersama Ratu Semut berjudul Beggin’ nyanyian asal Maneskin.

Selain Si Merak, dua nama lagi yang berada di kedudukan terendah adalah Burung Hantu dan Ratu Semut.

Manakala kostum yang berada di kedudukan tertinggi adalah Rambutan dan Seladang.

Jangan lupa saksikan minggu akhir The Masked Singer Malaysia 2 Jumaat depan guys.

Siapalah agaknya yang bakal bergelar kuara ya? Eh, nervous!

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Sherry Ibrahim #Separuh Akhir #The Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Si Merak