Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: “Tak Senang Nak Tipu Orang, Jumpa Ramona Dekat Sepahtu Pun Nervous” – Datin Maria Farida

Mya Amri
15/02/2022 09:35 MYT
Pelakon, Datin Seri Maria Farida berkongsi pengalaman sepanjang penglibatannya dalam The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2).

Menurut Maria Farida, perkara utama yang menyukarkan dirinya adalah untuk merahsiakan identitinya sebagai Pepatung.

“Bila dah dapat tawaran baru sekarang saya tahu bukan senang nak tipu orang. Susah sangat. Nak pergi mana-mana pun macam-macam alasan kena bagi.

“Terjumpa pula dengan kawan-kawan, jumpa Ramona di program Sepahtu pun dah gementar. Tapi saya sebagai maskot kenalah pandai maintain kita punya identiti. Tapi tak dinafikan memang seronok,” katanya kepada Gempak.

Bercerita mengenai juri, Maria Farida menjangkakan identitikan akan didedahkan oleh sahabat yang rapat dengannya namun lain pula jadinya.

“Saya rasa kelakar bila mereka tak dapat teka sebab saya jangka kawan-kawan saya yang akan dapat teka tapi muka mereka semua menunjukkan reaksi keliru.

“Yang teka betul adalah orang yang dah lama saya tak jumpa dan lama kami tak shooting sama-sama.

“Saya dah agak Remy teka betul sebab sebelum ini saya dah pernah menjalani penggambaran dengan dia. Jadi dia tahu cara saya berdiri, cara bergerak, benda-benda itu memang tak boleh tipu.

“Masa berdiri atas pentas dengan kostum saya rasa sangat-sangat amatur. Rasa macam alamak macam ni rupanya penyanyi rasa.

“Serba serbi rasa macam tak bersedia, saya tak pandai menyanyi tapi saya berjaya tipu juri jadi kira okaylah kan,” katanya ketawa.

BACA: TMSM2: Pepatung Tersingkir! Memang Tak Sangka Langsung Rupanya Datin Seri Maria Farida

Minggu lalu menyaksikan Burung Hantu, Rambutan dan Bujang Senang berada ditangga teratas manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Orkid, Teh Tarik Kaw dan Pepatung.

Apa pula keadaannya untuk minggu keempat nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
#Maria Farida #Kostum #Datin Seri Maria Farida #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #Masked Singer 2 #Pepatung