Masked Singer 2022

“Bukan Senang Nak Perdayakan Orang” - Misha Omar

gempak
Izwan Isa
24/12/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Senang Nak Perdayakan Orang” - Misha Omar

Penyanyi Misha Omar mendedahkan yang bukan mudah untuk ‘memperdayakan’ juri The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) supaya identiti asal bintang yang menyertai program itu tidak dapat dikesan.

Misha yang sempat ‘bersembunyi’ di sebalik maskot Si Mawas berkata, dia sendiri merasakan tugas sebagai juri TMSM3 sebagai satu tugas yang sukar memandangkan setiap hal perlu diambil kira untuk meneka identiti peserta, bukan vokal semata-mata.
“Apabila saya berada di kerusi juri, apa yang saya inginkan adalah smart singer sebab bukan senang nak perdayakan orang. Selalu, artis ni dia nak orang pedulikan mereka, cara nyanyian, bercakap dan juga berjalan. Jadi, bila perlu menyamar dan menjadi orang lain di atas pentas, ia satu hal yang mencabar.
“Tambahan pula, sebagai juri kita perlu jadikan program ini lebih menarik, untuk hiburkan penonton di rumah. Tugas ini adalah satu perkara baharu dalam karier dan bakal meninggalkan kenangan manis dalam portfolio seni saya,” katanya kepada Gempak.
Sungguhpun menyamar sebagai peserta TMSMY3 pertama yang tersingkir semalam, Misha kini duduk di kerusi juri bersama lapan juri lain.
Dalam pada ketika ditanya siapakah peserta yang dilihat mampu memberi saingan hebat, Misha berkata: “Nyoq Muda dan Bertih Jagung,” katanya ringkas.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 14 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live