Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Erra Fazira, Wany Hasrita & ND Lala Antara Nama Yang Disebut Sebagai Individu Di Sebalik Maskot TMSMY3

Izwan Isa
28/12/2022 11:50 MYT
Konsert pertama The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga 3 (TMSMY3) telah berlangsung pada Jumaat minggu lalu. Tanpa disangka, penyanyi Misha Omar didedahkan identitinya sebagai individu yang berada dalam maskot Si Mawas. Sekali gus, Misha juga diumumkan sebagai juri kesembilan bagi TMSMY3.

Namun, identiti empat belas maskot yang lain masih lagi menjadi misteri. Siapakah di sebalik topeng Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

Justeru ramai antara netizen sudah mula meneka siapakah yang selebriti atau orang ternama yang berada di sebalik maskot.

Antaranya, ada yang memetik nama Wany Hasrita sebagai individu di sebalik maskot Betta Fish; Sarah Suhairi dikatakan memakai maskot Bertih Jagung manakala ND Lala dikatakan memakai maskot Manggis.

Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Wany Hasrita #Sarah Suhairi #The Masked Singer Malaysia 3 #ND Lala #TMSMY3