Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Siapa Sangka, Jalaluddin Hassan Rupanya Selebriti Di Sebalik Maskot Manggis!

Izwan Isa
20/01/2023 15:42 MYT
Gagal ditebak oleh juri-juri The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), pelakon Datuk Jalaluddin Hassan akhirnya didedahkan identitinya di sebalik maskot Manggis pada minggu ini.

Pendedahan Jalaluddin sebagai peserta keempat yang tersingkir menerusi konsert kelima itu turut menandakan berakhirnya perjalanannya dalam TMSMY3.

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Manggis adalah:

Elly Mazlein - Syed Sobrie
Zul Ariffin - Datuk Yusof Haslam
Misha Omar - Syed Sobrie
Ella - Jailani Sidek
Shuib Sepahtu - Ebbie Yus
Erra Fazira - Roy Azman
Sharnaaz Ahmad - Roslin Hashim
Didie Alias - Isma Aliff
Atu Zero - Boy Iman

Minggu hadapan bakal menyaksikan 10 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Mr Parrot, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

Barisan juri yang terlibat minggu ini adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Erra Fazira, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#The Masked Singer Malaysia 3 #TMSMY3