Masked Singer 2022

“Tak Susah Simpan Rahsia, Tapi…” - Datuk Leong Mun Yee

gempak
Izwan Isa
30/12/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Tak Susah Simpan Rahsia, Tapi…” - Datuk Leong Mun Yee
Peserta The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), Datuk Leong Mun Yee yang menyarungkan maskot Lolipop mendedahkan, penglibatannya menerusi pertandingan itu merupakan satu pengalaman yang sangat mencabar.
Sungguhpun begitu, bekas penerjun negara itu berkata, dia menghargai pengalaman yang diraih memandangkan ia merupakan satu hal yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
“Apabila ditawarkan untuk menyertai TMSMY3, saya terus berkata yang kenapa tidak? Sebab saya dapat cuba sesuatu hal yang baharu selain keluar daripada comfort zone.
“Jadi, saya memang terus ambil keputusan untuk terima dan bersetuju untuk sertai TMSMY3. Tapi bila dah kena nyanyi tu, mencabar juga!” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Mun Yee berkata, tidak sukar bagi dirinya untuk menyimpan rahsia bahawa dirinya penyarung maskot Lolipop dalam TMSMY3.
“Sebenarnya tak susah simpan rahsia, sebab saya merupakan seorang individu yang sangat busy,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia biasa mendengar lagu Sha Na Na yang dinyanyikan pada konsert kedua TMSMY3, Mun Yee menjawab: “Ya, saya memang tahu lagu itu dan saya yang pilih lagu Sha Na Na untuk dibawa dalam persembahan,” katanya.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 13 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live