‘Tembakan’ Sharnaaz Mengena… Bekas Penerjun Negara, Datuk Leong Mun Yee Figura Di Sebalik Maskot Lolipop!
Izwan Isa
30/12/2022 15:55 MYT
30/12/2022 15:55 MYT
Nampaknya tekaan rambang juri The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga (TMSMY3) Sharnaaz Ahmad hampir mengena apabila atlet terjun negara, Datuk Leong Mun Yee didedahkan sebagai identiti maskot Lolipop pada minggu ini.
Pendedahan Leong Mun Yee sebagai peserta pertama yang tersingkir menerusi konsert kedua turut menandakan berakhirnya perjalanan beliau dalam TMSMY3.
“Inilah Leong Mun Yee,” begitu tekaan Sharnaaz pada sesi penjurian selepas Lolipop mempersembahkan lagu Sha Na Na daripada Amy Mastura.
Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Lolipop adalah:
Elly Mazlein - Sweet Qismina
Zul Ariffin - Suki Low
Misha Omar: Fariha, Pemain Bola Keranjang
Ella - Mia Sara
Shuib Sepahtu - Amy Mastura
Emma Maembong - Sweet Qismina
Sharnaaz Ahmad - Puteri Balqis
Didie Alias - Sarah Suhairi
Atu Zero - Mia Sara
Minggu hadapan bakal menyaksikan 13 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.