Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY3: “Dia Sorang Je Ada Suara Serak Angin Tu” - Tembakan Netizen Tepat! Idayu Memang Mawar Berduri

Mya Amri
24/02/2023 16:04 MYT
Minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) menyaksikan Mawar Berduri gagal melangkah ke pentas akhir.

Bagaimanapun benar seperti tekaan netizen, figura di sebalik maskot Mawar Berduri adalah Idayu.


Malah kata netizen, Idayu merupakan antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik di Malaysia.

Antara komen yang diterima:

"Dah agak dah! Suara dia power kot! Dia je yang ada suara serak angin tu dalam Malaysia,"

"Mawar Berduri Idayu, akhirnya! Memang dah agak dah. Best suara dia,"

"Yes, betul tekaan saya yang Mawar Berduri tersingkir minggu ni. Sebab vokal nyanyian dia setiap minggu sama je tak ada apa-apa yang menarik. Apa pun suara dia sedap,"

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Mawar Berduri adalah:

Elly Mazlein - Idayu
Zul Ariffin - Idayu
Misha Omar - Idayu
Shuib - Idayu
Ella - Idayu
Sharnaaz Ahmad - Idayu
Emma Maembong - Idayu
Atu Zero - Idayu
Didie Alias - Idayu

Selain Misha dan Elly, juri lain yang menggalas tanggungjawab adalah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero serta Emma Maembong.

Manakala Ella Aminuddin merupakan juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Minggu ini juga turut menyaksikan juri, Ella dan artis jemputan, Akim Ahmad memeriahkan TMSMY3 dengan menyampaikan lagu Baldu Biru.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Idayu #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY3 #Masked Singer 2022 #Mawar Berduri