,
Masked Singer 2022

[VIDEO] “Apa Yang Aku Mencarut?”- Bukan Senang Jadi Nyoq Muda! Syamel Nyanyi Lagu BIGBANG Tanpa Muzik Pun Best!

Mya Amri
08/03/2023
07:50 MYT
Umum mengetahui bahaya individu di sebalik maskot Nyoq Muda yang dinobatkan sebagai naib juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) adalah penyanyi, Syamel.
Namun tidak semua yang mengetahui pelbagai jenis cabaran yang perlu dilalui Syamel bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai Nyoq Muda.
Antaranya adalah cabaran untuk membuat persembahan dengan lagu Korea berjudul Bang Bang Bang nyanyian asal kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG.
Malah Syamel juga berkongsi video pendek yang merakamkan momen merekodkan lagu Korea tersebut.
“Apa yang aku mencarut?” katanya sambil ketawa.
Pada mulanya memang sebutannya agak sukar namum lama kelamaan Syamel berjaya melakukannya dengan baik.
Lebih mengagumkan, Syamel berjaya membawakan lagu yang dinyanyikan oleh G-Dragon, Taeyang, Daesung dan Seungri itu secara solo dengan bagus sekali.
Malah suara dan sebutan Syamel juga dipuji netizen serta peminat BIGBANG sendiri.
Antara komen diterima:
“Sebagai VIP (peminat BIGBANG) saya approved!”
“Wow suara GD, Taeyang semua ada!”
“Terbaik! Mula-mula ingat Nyoq ni Han Byul,”
“Yes! Nyoq memang power! Menyanyi dengan suara original macam ni lagi mantap BangMel,”
Selain Syamel, Ayda Jebat yang memakai maskot Betta Fish dinobatkan sebagai Juara TMSMY3.
Manakala Han Byul yang merupakan maskot Piza Panas pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
BACA: Betta Fish Nombor Syatu! Ayda Jebat Dinobat Juara The Masked Singer Malaysia 3
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk dapatkan PEK PREMIUM 1, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-95433838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

gempak
14/03/2024
00:55 MYT
Syamel sentiasa berwaspada
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara