Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Roy Azman, Aya, Naim, Fadhli, Sanjna Suri Antara Peserta Mega Spontan 2023!

Syafiqah Jalal
11/05/2023 09:47 MYT
Astro Warna kembali menghiburkan penontonnya dengan permainan lawak spontan terbaharu berskala besar tahun ini dengan Mega Spontan 2023.

Uniknya pada kali ini apabila barisan pemain rancangan ini turut melibatkan rakyat Malaysia serta generasi BBNU yang mempunyai bakat komedi yang hebat secara spontan.

Mega Spontan akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Buat julung kalinya, setiap kumpulan bukan sahaja dipenuhi barisan pelawak ‘otai’ dan popular serta selebriti-selebriti yang mempunyai kelebihan dalam berkomedi. Namun ia juga terdiri daripada wajah-wajah baharu industri hiburan, pempengaruh sosial media dan rakyat umum yang dipilih menerusi uji bakat terbuka.

Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.

Manakala wajah-wajah baharu yang akan muncul buat pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini adalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri. Kumpulan barisan pemain ini termasuk empat pemain yang dipilih menerusi uji bakat terbuka akan diperkenalkan pada minggu pertama kelak.

Dengan bernadikan Takhta Nusantara pada kali ini, rancangan berformat game show komedi ini menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh dalam permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti masing-masing dalam masa yang terhad untuk dinobatkan menjadi Raja Kerajaan Takhta Nusantara.

Pencapaian rancangan-rancangan komedi Astro terdahulu dalam mencipta fenomena melahirkan kemahuan para penonton untuk melihat muka-muka baharu dalam industri komedi. Apatah lagi apabila tumpuan kini dialih kepada bakat-bakat komedi daripada generasi media sosial yang semakin meraih populariti luar biasa di pelbagai platform hiburan.


Menarik lagi buat edisi Mega Spontan kali ini adalah pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale.

Barisan mentor ini digalas oleh pelawak versatile tersohor negara termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campak tak jauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain akan dinilai oleh Dato’ Afdlin Shauki sebagai Game Master. Beliau akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.

Pertandingan lawak spontan kali ini bakal digamatkan dengan penampilan pelawak dan pengacara popular negara yang bakal mengemudi rancangan ini. Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan pengacara buat kali pertama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati Mega Spontan di Astro.

Mega Spontan ini turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak dan Zon Lawak selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.