Sekilas
- Pelawak Tauke Jambu baru sahaja memulakan perniagaan lempeng RM1 di Pasir Penambang, Kuala Selangor.
- Beberapa meja di gerainya dilaporkan hilang dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.
- Walaupun kecewa, Tauke mendoakan agar pencuri tersebut dimurahkan rezeki dan tidak mengulangi perbuatan itu.
Baru sahaja memulakan perniagaan lempeng RM1 namun, pelawak Tauke Jambu sudah berdepan dugaan apabila beberapa meja di gerainya hilang dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.
Berita itu dikongsikan sendiri Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menerusi hantaran di Instastory.
Walau bagaimanapun, pelawak berusia 49 tahun itu reda dan tidak melatah malah mendoakan agar individu yang berbuat demikian dikurniakan kekayaan.
“Meja makan aku kena curi, tak apalah.
“Aku doakan yang kebas meja aku ni akan senang hidupnya jadi kaya maka, tak adalah mencuri lagi,” ujarnya.
Sekadar info, Tauke baru sahaja memulakan sebuah perniagaan lempeng RM1 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, beberapa bulan lalu.
Perniagaannya itu menyorot perhatian selepas ramai yang memuji usaha Tauke yang berniaga secara sederhana dengan menawarkan harga mampu milik.
Sumber: Instastory Tauke Jambu